Itu bendera ap ek...?

Alhamdulillah.. pada awal Mei yang lepas, Allah telah menggerakkan kaki beberapa orang pelajar UIA untuk melihat keindahan matahri terbit di BUKIT BROGA, KAJANG. tempat yg sememangnye terkenal di Selangor untuk melihat keindahan matahari terbit.

Perjalanan bermula pada waktu malam 7mei jam 9mlm seramai 20 org pelajar telah berkumpul di tangga besar UIA sebelum memulakan perjalanan ke Pejabat Aqsa Syarif yang terletk di Kajang. Di sana, para peserta akan mendengar ceramah mengenai Palestin yang akan di sampaikan oleh Dr Hafizi yang merupakan orang kuat Aqsa Syarif. Selesai mendengar ceramah para peserta telah berkumpul di kereta masing2 bg memulakan sesi untuk memasang bendera Palestin di kereta masing2. Tujuan kami berbuat begini adalah bagi merancakkan lagi konvoi kami di samping dapat mempromosikan org ramai tentang konsert Life line for Gaza yang akan diadakan di Stadium melawati malam esok...

Selesai upacara menghias kereta perjalanan diteruskan ke Masjid Hulu Langat. Peserta konvoi akan bermalam di sana sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki bukit Broga seawal jam 6.30 pagi esok.. Semua Para pesrta telah bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berqiamulail... Alhamdulillah semua peserta bangun dengan sendiri tanpa perlu di kejut... sumenya sedar tentang peranan masing2 untuk berqiamulail walupun tiada arahan khusus di keluarkan sebelum tido.. berkat tarbiah yg mereka terima membuatkan mereka sedar akan peranan qiamulail dalam jiwa seorang pejuang..
Selepas subuh, kami terus menuju ke kaki Bukit Broga yg terletak hampir 4 kilometer dari masjid yg kami bermalam... SANGAT MENGEJUTKAN!!!! seawal jam 6.30 pagi tempat tersebut telah di penuhi oleh ramai pengunjung termasuk mereka yg bukan beragama islam.. persoalan yg bermain di fikiran saya.. hujung minggu pun orang cina sanggup bangun awal untuk pergi ke tempat macam ni semata2 nak tengok matahari terbit. hampir 100 biji kereta termasuk beberapa bus telah berada di situ sebaik sahaja kami tiba.

Sebelum memulakan perjalanan mendaki Bukit tersebut kami di nasihatkan untuk membuat sedikit regangan bagi mengelakkan sebarang kekejangan otot. Semua perserta tidak sabar untuk memulakan pendakian kerna takut terlepas saat2 untuk melihat matahari terbit...

Tiba di puncak pada jam 7.oo pg kelihatan telah ramai pengunjung yg telah berada di sana dan bersedia dengan kamera masing2 menanti saat matahari terbit.. Inilah lumrah pencinta alam . sanggup berkorban waktu demi melihat keindahan alam walupun terpaksa berjaga seawal pagi pada hujung minggu. Seorang pencinta alam yg beriman akan memandang keindahan alam ini sebagai bukti keindahan penciptanye.. kehebatan ciptaanye yg beredar pada setiap waktu yg telah di tetapkan dan kepatuhan mereka pada arahan PENCIPTANYE itu cukup untuk membuktikan kita sebagai hamba perlu patuh pada PENCIPTA seperti mane patuhnye matahari bulan dan bintang yg patuh pada PENCIPTANYE.
Sebaik sahaja matahari terbit, semua pengunjung terus berebut2 mengambil gambar agar tidak terlepas saat2 indah ini.. begitu juga dengan peserta program. masing2 mengeluarkan posing masing2 ketika bergambar berlatarbelakangkan matahari terbit.

Selepas itu , kami di panggil untuk berkumpul di satu tempat bagi mendengar sedikit tazkirah pagi yg di sampaikan oleh dua orang senior yang bernama akh Auzan dan akh Sani.. tazkirah yg bertajuk tangga2 ke syurga itu sangat memberi peringatan kepada kami tentang pentingnye org2 yg membina tangga ke syurga iaitu mereka2 yang mengajak orang lain untuk same2 masuk syurga. Satuu analogy yang di berikan oleh akh auzan tentang tangga2 yang di bina untuk menaiki Bukit Broga ini samalah seperti tangga untuk ke syurga. Kalau tiada orang yg bina tangga2 itu x mungkin kami akan dapat naik ke Bukit Broga ini untuk Melihat keindahan matahari terbit ini. Begitu juga dengan tangga ke syurga. Jika x de orang yg memulakn untuk membina tangga2 ke syurga x mungkin ada orang untuk dapat naik ke syurga. pengajaran nye kita pilih sama ada hendak menjadi orang yang membina tangga2 ke syurga(pendakwah) atau orang yang hanye menggunakan tangga untuk menaiki syurga sedang orang yg membina tangga2 itu mendapat lebih ganjaran berbanding orang yang HANYA menaiki tangga itu.

Sedang kami mendengar tazakirah seorang peserta sibuk mengibar2 bendera Palestin tanpa menghiraukan orang ramai yg memnadang2 ke arah bendera itu... TIBA2 telah lalu dua orang pasangan kekasih ataupun suami isteri melayu yang pada ppandangan saya mereka beragama islam, salah seorang dari meraka bertanye dengan kuatnye kepada pasangan mereka, ISH.. DIA KIBAR BENDERA APA TU EK? kawan dia pun menjawab, ENTAHLAH BENDERA PAS KOT kami yang mendengar pertanyaan itu cuba menahan gelak sambil menggeleng2 kepala. satu persoalan bermain dalam fikiran kami.. sedihnye melihat orang tu.. kalo bendera PALESTIN pun mereka x pernh tau ap lagi kesengsaraan yang di tanggung oleh rakyat dan kanak2 PALESTIN tu skang... comform dorang x tau pun ad saudar kita kat ats muka bumi ni yang telah lama sengsara di tindas oleh orng2 YAHUDI sejak zaman 60an lagi.

Setelah selesai aktiviti di Bukit Broga, kami pun terus pergi mandi di SUNGAI TEKALA sebelum memulakan perjalanan ke STADIUM MELAWATI bagi membantu mereka mengutip sumbangan untuk di hantar ke GAZA bersama2 kapal yang akan belayar pada pertengahan MEI bersama 12 orang rakyat MALAYSIA. Program berakhir jam 11 malam dan semua peserta balik ke UIA seperti biasa.

No comments:

Post a Comment