Kelapa atau Mutiara yang menjadi pilihan


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang,
Yang Pertama,
Kamu menjadi seperti kelapa yang mudah
diparut...
diperah...
dan diambil santanya..
Lepas tu hampasnya dibuang..

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat...
Apa lagi mendapatkanya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya.
Harganya mahal sekali...
dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi kamu pilihlah samada
hendak menjadi
kelapa ataupun
mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan
diperah segala kenikmatan...
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang x jadi ingatan...
yang terasa lazat hanya KARI
dan PULUT PANGGANG..
jasa santan hilang x dikenang.

Mutiara...
tertanam di dasr yang paling DALAM
sukar andai mengaharap jadi perhatian
kerana dilapisi kulit yang keras menghadang
namun kiranya ditemui insan
akan menjadi permata hiasan...
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam...
makin tinggi nilaian...

OLEH ITU TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN...

Warkah Buatmu Hawa






Hawa,
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
menperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji
tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk laki2 yang baik. jangan dimulakan
sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari
mata bisa jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus
disusuli dengan pertemuan, Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksianya , lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuanya,
kemanjaanye, serta kemampuanye mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegaman agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak inginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta keran dia tahu ap matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki
dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikal susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan
Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada yang membahagiakan melainkan cinta keluargamu.

Ingatlah,
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman...