3 CARA DOAMU DI KABULKAN

Percaya atau tidak Allah tidak pernah tidak mengkabulkan doa semua hamba2nye.. sesiapa yang memohon pasti akan dikabulkannye...


Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Ud'uuni astajiblakum" (berdo'alah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu).

Hari ini saya ingin mengigatkan diri saya dan sahabat2 sekiranye kita sentiasa berudoa hingga sampai satu masa kita hampir putus asa kerana menunggu doa yang masih lagi tidak di kabulkan ALLAH, ingatlah dan renungilah ayat ini.. moga ia akan menjadi penguat semangat kepada kita agarb terus berdoa dan berharap padanye. Sebagai makhluk ALLAh yang lemah, manusia sangatlah sombong jika mereka tidak berdoa,Allah sangat murka kepada orang2 yang sombong.


Dan orang-orang yang sombong (tidak mahu berdoa) kelak mereka akan masuk kedalam Neraka Jahanam secara hina” (Al-mukmin:60)

“Dan apabila hamba-hambaku menanyakan kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat . Aku memperkenankan permohonan ( Doa ) seseorang bila ia memohon kepada-Ku. Kerana itu hendaklah ia mentaati segala perintahku dan beriman kepada-Ku semoga ia selalu dalam kebenaran”. (Al-baqarah:18)

Sahabat2.. sentisalah kita berdoa memohon pertolongan padanye.Ketahuilah setiap kali kamu telah berdoa Allah telah pun mengkabulkan segala doamu itu. NAMUN jangan la kamu bimbang mengapa hajat kamu masih lagi tidak tercapai walaupun Allah telah berjanji untuk memperkenankan semua doa hamba2NYE.Hal ini kerana cara ALLAh mengakabulkan doamu berbeza-beza setiap kali kamu berdoa,Terdapat 3 cara ALLAH mengkabulkan doamu..

1)Dikabulkan secara langsung:

Allah kabulkan terus ap yang kamu mohon

*contohnye apabila kamu memohon untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat kamu cintai maka Allah terus mengakabulkan hajat kamu tersebut dan kamu dapat berkahwin dengan dia. Adakah itu bermakna ALLAH telah mengkabulkan doamu?

2)Dikabulkan secara tersembunyi:

Allah kabulkan doamu dengan mengalihkan azab besar yang AKAN menimpamu kelak

*contohnye apabila kamu berdoa mohon keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang kamu hadapi, kamu x dapat keputusan cemerlang tersebut, tapi sebenarnye tanpa kamu sedar ALLAH telah pun mengalihkan satu bala bencana besar yang akan menimpamu seperti kemalangan jalanraya. Allah mengalihkan bencana besar ini berkat kegigihan mu berdoa terhadapnye.Apakah itu bermakna Allah tidak mengkabulkan doamu?

3)Dikabulkan dengan di simpan sebagai amal soleh:

kamu sentiasa berdoa siang dan malam menitiskan air mata memohon pertolongan daripada ALLAH, tapi ap yang kamu doakan itu kamu tidak pernah dapat. Sebaliknye Allah telah mengumpul pahala amalan doamu itu di luh mahfuz dan mungkin dengan pahala ini ia akan menjadi penyebab kamu masuk ke syurga

*contohnye apabila kamu berdoa, kamu tidak pernah dapat ap yang kamu pohonkan itu, tapi ketahuilah sebenarnye Allah sedang mengumpul pahala kegigihan kamu berdoa di luh mahfuz... bayangkan sekiranye kamu tidak putus2 berdoa walupun kamu x pernah dapat apa yang kamu pohonkan, tiba2 dengan pahala amalan kamu itu bisa melayakkan kamu untuk masuk ke syurga.


No comments:

Post a Comment